Lek ah...! |
"Hurh . . Geram
betullah . Aku pagi petang siang malam study , sambil main game serta
berjoging-joging kecil di taman pun study . Apatah lagi mase study .Eheh . Tapi
masih tak berjaya lagi . Kerek betullah cikgu ni ...!"
"Eh ? Sikit lagi nak dapat A . Geram betullah . Sia-sia
la aku belajar siang malam , tuisyen beriban-riban dah habis . ni . Hish ,
Frust seyh ."
"Apahal pulak cikgu tak lantik aku ni ? Aku lebih
berkempimpinan la . Pengaruh pun kuat . Selalu tolong cikgu , kemas kelas ,
mesra alam , dan sebagainya . Huh ! Kenapa la sekolah ni kuat pilih bulu ek ?"
Kemudian kedengaran
tepukan gemuruh yang sungguh memberangsangkan beserta jerit pekik dan siul miul
daripada para peminat . Tapi siapa ? Tetiba je .Ya ..Tentulah daripada Enchek
Saiton seisi keluarga beserta Uncle Iblis yang selayaknya dipanggil moyang .
Tapi tak femes katanya . Hoho . Sememangnya keluarga mereka amat menyukai
mendengar ucapan-ucapan berbaur semangat yang lemah daripada 'sahabat-sahabat'
mereka sehati sedansa mereka . Besfren For eva eva ..!
Sebenarnya sudah terang lagi glow-in-the-light yang kata-kata lemah semangat ini datangnya
daripada Enchek Saiton . Mereka ini akan cuba sehabis upaya untuk
merendah-rendahkan takdir Allah sehingga menushia-manushia yang lemah semangat
untuk mempertahankan imannya akan terjaduh disadung bisikan-bisikan keji
daripada mereka . Malah tidak kurang juga yang merasakan mereka lebih baik
daripada orang lain. Ya...seolah-olah merekalah satu-satunya juara lumba lari
berganti-ganti , merekalah sahaja johan empat kali berturut-turut lari dalam
guni beberapa belas tahun lalu , dan yang paling teruk mereka merasakan
merekalah satu-satunya makhluk yang pernah lulus Peperiksaan Kemasukan Tadika
Sri Riang ...! Huh , What are they actually huh ?
"Eh ? Kau dapat 39 je untuk Sejarah ? Sikit lagi kan ? Ahaks . Heh ..! Kau
buat apa selama ni masa cikgu berpeluh-peluh mengajar kat depan ? Blogging ?
Hurh ...Tak boleh diharap betul ..!"
"Wey ... Tengoklah lencana aku ni . Cuba bace kuat-kuat . P.E.N.G.A.W.A.S . Haha . Aku ada , kau ada ..? Tengok lencana kau . Eh apa ni ? P.E.L.A.J.A.R, pengetua . Ups ! Salah sebut . Pelajar ...!"
"Kesian kat awak kan dapat markah rendah walaupun selalu study pagi petang
. Saya bukan apa cume hairan je . Saya study sekejap je , celup-celup dengan
tidur lagi . Last minute pulak tu , tapi result Okay je . Ehem . Stret A .
Ahaks . "
Wah wah wah ! Sungguh menyentuh
perasaan bukan ucapan alu-aluan daripada pengetua sekolah mereka
ini . ? Gaya Eaugrh(Glosari:No
1). Ya , sungguh menarik sehingga tertarik-tarik anak tekak saya dan anda untuk
memuntahkan cecair-cecair berprotein tinggi dari usus kecil . Sunnguh . Sangat
memualkan apabila kita memperoleh ucapan daripada golongan ini . Sudahlah Encek
Saiton dan Mrs Nafsu kerap mengganggu , ditambah pula beraneka perisa daripada
sahabat-sahabat terchenta . So , achaner ni ? Achaner nak mengatasi gejala yang
tidak sihat lagi penuh krim dan kolesterol ini ?
Jeng jeng jeng..
Err ...
Nak mula macamana ni ? Dengan gaya manja atau gedik ala-ala kucing Parsi
kacukan Bangladesh ? Bahasa Arab ataupun Itali ? Ah , cincailah....!
Pertama-tamanya , belajarlah untuk bersabar . Ya sabar . Sabar dalam menghadapi
tohmahan dan sebatan-sebatan telinga daripada mereka yang diiringi paluan kompang semburan
air liur . Kerana segala perkataan mereka itu jika tidak kita tak ambil peduli
, maka peluang untuk kata-kata mereka meresap ke dalam diri untuk memusnahkan
saki-baki semangat yang tinggal pada diri kita semakin tipis . Oleh kerana
serangan kata-kata ini tidak berkesan ataupun berjaya kita tangkis dari segi
psikologi dengan minda yang terbuka luas , maka kata-kata makian dan
rendah-rendahan daripada mereka tidak lebih daripada sekadar
omongan-omongan kosong selain pembaziran tenaga dan masa . Dan tidak perlulah
kita merasa semak dengan kehadiran mereka , Hanya berlagak seperti tiada
apa-apa . Just be cool and osem .
Tapi bila masa kita perlu bersabar ..? Adakah setiap saat kita perlu meluangkan
masa berharga kita semata-mata untuk mendengar diri kita dikutuk ? Adakah
setiap masa kita perlu SABAR , SABAR , dan SABAR ? Hey ... Nanti orang pijak
kepalalah !
Ya , inilah sebenarnya tajuk yang akan dikupas oleh saya . Agak meleret
sebenarnya intro di atas . Hoho . Pertama daripada semua atau cakap omputihnya first of all ,
kita mesti kenal apa itu sabar .Kebanyakan daripada kita memahami sabar ialah
tersenyum tupperware(lebih sikit daripada plastik) sambil mengurut-urut dada
kemudian melakukan pernafasan kecil seperti latihan renang . Kemudian bisikkan
pada hati kecil dengan berkata "sabar..." . Betulkah begitu ? Err .
Mungkin elok jika kita lihat apa kata ahli sufi yang sememangnya mempunyai
tahap kesabaran yang begitu dasyat ! Err . Tinggi . Ya . begitu tinggi .
So , sabar ini ialah menjauhi perkara maksiat . maksudnya
menjauhi perkara yang dilarang oleh Allah . Jadi segala bentuk cacian dan
makian yang dilemparkan dengan tulus ikhlas ke pihak lawan sebelum diakhiri
dengan ucapan "....takpa . Saya sabar . Saya sabar . Awak tunggu jelah
nanti ...!" bukanlah sabar . Sabar juga mempunyai beberapa kategori .
Antaranya :
1.Sabar Dalam Melaksanakan Ketaatan Kepada Allah
-Sebagai contoh , solat . Kita memerlukan
kesabaran yang melebihi ketinggian Tall Man , lelaki misteri yang hidup pada
abad ke -19.Eheh . Kearna dalam solat disiplin amatlah wajib . Aktiviti-aktivit
ziarah anggota badan beramai-ramai amat tidak digalakkan kerana dikhuatiri
membatalkan solat .Sebenarnya terdapat beberapa tips untuk mendapat solat yang
osem seperti yang dinyatakan dalam post sebelum
ini .Seseorang yang bergelar hamba juga perlulah beristiqamah
dalam mentaati-Nya , Menyerahkan segala jiwa dan bakul raga
kepada yang Maha Berhak tanpa berbelah bahagi .
2.Sabar Menghadapi Musibah Yang Osem Sekali Kedasyatannya
-Sekiranya kita sedar(tidak gila) dan tidak
mabuk donia dan isinya , kita pasti sedar bahawa donia ini hanyalah tempat
persinggahan yang begitu ciput sekali jangka masanya . Ya , begitu sechoit
sebenarnya masa untuk kita di donia ini . Jadi , cabaran dan cobaan yang
melanda juga tentulah bukan untuk selama-lamanya . Hanya seciput juga
.Kesedaran yang tinggi tentang siapa kita ini sebenarnya juga membantu kita
untuk menyedari yang hakikat seorang hamba itu ialah lemah dan rangup rapuh
. Seperti biskut sahaja kayaknya . Eheh . Dan sekaligus menyedarkan kita , kita
ini tertakluk pada iradat dan kemahuanNya . Jadi , tidak berhak untuk kita
mengeluh dan mengesah (keluh-kesah) . Sebaliknya ucaplah
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un . (Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan
kepada Allah jualah kami kembali)-Surah Al-Baqarah ,ayat 156
3.Sabar Dalam Meninggalkan
LaranganNya
-Dalam
kata yang mudah , sabar melawan Mrs Nafsu . Berusahalah melawan godaannya yang
begitu super-duper sekali . Memang amat payah . Dan hampir mustahil sebenarnya
jika iman hanyalah di hujung kuku jari kaki kiri . Jika iman diperlakukan
seperti bola futsal . Jika iman dibiarkan bocor begitu sahaja tanpa dibaiki .
Kerana sesungguhnya , di sekeliling neraka itu sangat banyak perkara yang
kehitannya begitu osem dan menarik . Tetapi di sekeliling syurga pula begitu
banyak bayangan-bayangan yang lame dan sungguh sangat-sangat membosankan .
Contohnya membaca belog dakwah . Eheh .
Oleh yang demikian , contohilah sifat sabar Nabi Muhammad .
Baginda begitu sabar tanpa mengambil peduli lontaran-lontaran batu yang
menyebabkan tubuh baginda berdarah dalam menyampaikan agama Allah . Malah tetap
bersangka baik dan tidak menyuruh malaikat yang begitu perkasa untuk
memusnahkan umatnya . Ya ...ini hanyalah sebahagian daripada contoh sifat Nabi
yang tidak cukup jumlah jari jika mahu dibilang dengan jari walaupun ditambah
dengan jari kaki . Tidak cukup dengan sempoa-sempoa dan kalkulator-kalkulator
seangkatannya . Marilah kita contohi sifat Nabi . Yukk mari bersama-sama
yukk....!
*di'copy' bulat-bulat daripada belog sahabat saya ---> Baly Legend (bukan nama sebenar)
sekadar untuk renungan bersama :)
2 comments:
Goodluck SPM :)
Thanks :) Goodluck jugak ~
Post a Comment