June 24, 2013

Haze

Utusan Malaysia, Isnin, 24.6.2013

Setelah di 'zoom' .. Nampak tak sepasang suami isteri kat depan tu? Cikgu Aini dan Cikgu Tajudin :)

Muar dilanda jerebu

Pada hari Ahad, 23.6.2013 bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar adalah pada tahap sangat berbahaya sehinggakan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib mengisytiharkan bahawa daerah Muar dan Ledang berada dalam keadaan darurat. Bukan darurat perang ye. Maka sekolah-sekolah yang berada dalam kawasan ni semua diarahkan tutup. Maka cutilah sekalian pelajar dengan perasaan yang bercelaru. Cuti memanglah suka, tapi bayangkan budak PMR dgn SPM silibus tak habis lagi. Errrr..... Risau woooo


Bila dah jerebu, kebanyakan kita baru sedar akan nikmat udara yang bersih tanpa dicemari, baru sedar bahawa masa belajar kat sekolah tu sangat penting dan berharga.. Allah.... Time2 macamni lah baru ramai yang meminta pertolongan Allah agar hujan diturunkan. Supaya bumi Allah ni segera pulih. Alhamdulillah, Allah timpakan jerebu supaya manusia sedar nikmat alam, supaya manusia merenung kembali nikmat yang Allah berikan ni, seterusnya sedar dan mengakui kebesaran dan kekuasaan Allah serta meminta pertolongan daripada Allah S.W.T..... Alhamdulillah alhamdulillah... :D

"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan." (al-Fatihah, ayat 5)



Setiap yang Allah jadikan itu pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya :D


Jadi bila jerebu ni, teringat pulak satu puisi bahasi Inggeris yang aku belajar time form 1 kalau tak silap.... Puisi ni cerita pasal pencemaran alam ~

The Dead Crow

He saw a dead crow
in a drain
near the post office.
He saw an old man
gasping for air
and a baby barely able to breathe
in a crowded morning clinic.
This land is so rich.
Why should we suffer like this?

I want clean air
for my grandchildren.
I want the damned fools
to leave the forest alone.
I want the trees to grow,
the rivers run free,
and the earth covered with grass.
Let the politicians plan how we may live with dignity,
now and always.

(A. Samad Said)


2 comments:

Anonymous said...

Well done my bro....

Ahmad said...

haha tq bro ~~