July 12, 2013

Rileks brader, brader rileks....

Lek ah...!


"Hurh . . Geram betullah . Aku pagi petang siang malam study , sambil main game serta berjoging-joging kecil di taman pun study . Apatah lagi mase study .Eheh . Tapi masih tak berjaya lagi . Kerek betullah cikgu ni ...!"

"Eh ? Sikit lagi nak dapat A . Geram betullah . Sia-sia la aku belajar siang malam , tuisyen beriban-riban dah habis . ni . Hish , Frust seyh ."

"Apahal pulak cikgu tak lantik aku ni ? Aku lebih berkempimpinan la . Pengaruh pun kuat . Selalu tolong cikgu , kemas kelas , mesra alam , dan sebagainya . Huh ! Kenapa la sekolah ni kuat pilih bulu ek ?"

Kemudian kedengaran tepukan gemuruh yang sungguh memberangsangkan beserta jerit pekik dan siul miul daripada para peminat . Tapi siapa ? Tetiba je .Ya ..Tentulah daripada Enchek Saiton seisi keluarga beserta Uncle Iblis yang selayaknya dipanggil moyang . Tapi tak femes katanya . Hoho . Sememangnya keluarga mereka amat menyukai mendengar ucapan-ucapan berbaur semangat yang lemah daripada 'sahabat-sahabat' mereka sehati sedansa mereka . Besfren For eva eva ..!



Sebenarnya sudah terang lagi glow-in-the-light yang kata-kata lemah semangat ini datangnya daripada Enchek Saiton . Mereka ini akan cuba sehabis upaya untuk merendah-rendahkan takdir Allah sehingga menushia-manushia yang lemah semangat untuk mempertahankan imannya akan terjaduh disadung bisikan-bisikan keji daripada mereka . Malah tidak kurang juga yang merasakan mereka lebih baik daripada orang lain. Ya...seolah-olah merekalah satu-satunya juara lumba lari berganti-ganti , merekalah sahaja johan empat kali berturut-turut lari dalam guni beberapa belas tahun lalu , dan yang paling teruk mereka merasakan merekalah satu-satunya makhluk yang pernah lulus Peperiksaan Kemasukan Tadika Sri Riang ...! Huh , What are they actually huh ?

Golongan di atas amat gemar memberi 'motivasi' kepada sahabat-sahabat mereka yang lain yang sememangnya sudah luntur semangatnya diklorox nafsu dan syaiton agar mereka sentiasa dirundung kekachiwaan dan semakin mudah berputus asa . Antara ucapan-ucapan femes yang sering ke udara ialah :

"Eh ? Kau dapat 39 je untuk Sejarah ? Sikit lagi kan ? Ahaks . Heh ..! Kau buat apa selama ni masa cikgu berpeluh-peluh mengajar kat depan ? Blogging ? Hurh ...Tak boleh diharap betul ..!"

"Wey ... Tengoklah lencana aku ni . Cuba bace kuat-kuat . P.E.N.G.A.W.A.S . Haha . Aku ada , kau ada ..? Tengok lencana kau . Eh apa ni ? P.E.L.A.J.A.R, pengetua . Ups ! Salah sebut . Pelajar ...!"

"Kesian kat awak kan dapat markah rendah walaupun selalu study pagi petang . Saya bukan apa cume hairan je . Saya study sekejap je , celup-celup dengan tidur lagi . Last minute pulak tu , tapi result Okay je . Ehem . Stret A . Ahaks . "

Wah wah wah ! Sungguh menyentuh perasaan bukan ucapan alu-aluan daripada pengetua sekolah mereka ini . ? Gaya Eaugrh(Glosari:No 1). Ya , sungguh menarik sehingga tertarik-tarik anak tekak saya dan anda untuk memuntahkan cecair-cecair berprotein tinggi dari usus kecil . Sunnguh . Sangat memualkan apabila kita memperoleh ucapan daripada golongan ini . Sudahlah Encek Saiton dan Mrs Nafsu kerap mengganggu , ditambah pula beraneka perisa daripada sahabat-sahabat terchenta . So , achaner ni ? Achaner nak mengatasi gejala yang tidak sihat lagi  penuh krim dan kolesterol ini ?



Jeng jeng jeng..


Err  ...

Nak mula macamana ni ? Dengan gaya manja atau gedik ala-ala kucing Parsi kacukan Bangladesh ? Bahasa Arab ataupun Itali ? Ah , cincailah....!

Pertama-tamanya , belajarlah untuk bersabar . Ya sabar . Sabar dalam menghadapi tohmahan dan sebatan-sebatan telinga daripada mereka yang diiringi paluan kompang semburan air liur . Kerana segala perkataan mereka itu jika tidak kita tak ambil peduli , maka peluang untuk kata-kata mereka meresap ke dalam diri untuk memusnahkan saki-baki semangat yang tinggal pada diri kita semakin tipis . Oleh kerana serangan kata-kata ini tidak berkesan ataupun berjaya kita tangkis dari segi psikologi dengan minda yang terbuka luas , maka kata-kata makian dan rendah-rendahan daripada mereka tidak lebih daripada  sekadar omongan-omongan kosong selain pembaziran tenaga dan masa . Dan tidak perlulah kita merasa semak dengan kehadiran mereka , Hanya berlagak seperti tiada apa-apa . Just be cool and osem .

Tapi bila masa kita perlu bersabar ..? Adakah setiap saat kita perlu meluangkan masa berharga kita semata-mata untuk mendengar diri kita dikutuk ? Adakah setiap masa kita perlu SABAR , SABAR , dan SABAR ? Hey ... Nanti orang pijak kepalalah !

Ya , inilah sebenarnya tajuk yang akan dikupas oleh saya . Agak meleret sebenarnya intro di atas . Hoho . Pertama daripada semua atau cakap omputihnya first of all , kita mesti kenal apa itu sabar .Kebanyakan daripada kita memahami sabar ialah tersenyum tupperware(lebih sikit daripada plastik) sambil mengurut-urut dada kemudian melakukan pernafasan kecil seperti latihan renang . Kemudian bisikkan pada hati kecil dengan berkata "sabar..." . Betulkah begitu ? Err . Mungkin elok jika kita lihat apa kata ahli sufi yang sememangnya mempunyai tahap kesabaran yang begitu dasyat ! Err . Tinggi . Ya . begitu tinggi .


"sabar ialah menjauhi perkara maksiat , tetap tenang dalam menghadapi musibah dan menzahirkan kekayaan pada saat kefakiran dalam medan kehidupan"-Zunnun al-Misri

So , sabar ini ialah menjauhi perkara maksiat . maksudnya menjauhi perkara yang dilarang oleh Allah . Jadi segala bentuk cacian dan makian yang dilemparkan dengan tulus ikhlas ke pihak lawan sebelum diakhiri dengan ucapan "....takpa . Saya sabar . Saya sabar . Awak tunggu jelah nanti ...!" bukanlah sabar . Sabar juga mempunyai beberapa kategori . Antaranya :

1.Sabar Dalam Melaksanakan Ketaatan Kepada Allah
-Sebagai contoh , solat . Kita memerlukan kesabaran yang melebihi ketinggian Tall Man , lelaki misteri yang hidup pada abad ke -19.Eheh . Kearna dalam solat disiplin amatlah wajib . Aktiviti-aktivit ziarah anggota badan beramai-ramai amat tidak digalakkan kerana dikhuatiri membatalkan solat .Sebenarnya terdapat beberapa tips untuk mendapat solat yang osem seperti yang dinyatakan dalam post sebelum ini .Seseorang yang bergelar hamba juga perlulah beristiqamah dalam mentaati-Nya , Menyerahkan segala jiwa dan bakul raga kepada yang Maha Berhak tanpa berbelah bahagi . 

2.Sabar Menghadapi Musibah Yang Osem Sekali Kedasyatannya
-Sekiranya kita sedar(tidak gila) dan tidak mabuk donia dan isinya , kita pasti sedar bahawa donia ini hanyalah tempat persinggahan yang begitu ciput sekali jangka masanya . Ya , begitu sechoit sebenarnya masa untuk kita di donia ini . Jadi , cabaran dan cobaan yang melanda juga tentulah bukan untuk selama-lamanya . Hanya seciput juga .Kesedaran yang tinggi tentang siapa kita ini sebenarnya juga membantu kita untuk menyedari yang hakikat seorang hamba itu ialah lemah dan rangup rapuh . Seperti biskut sahaja kayaknya . Eheh . Dan sekaligus menyedarkan kita , kita ini tertakluk pada iradat dan kemahuanNya . Jadi , tidak berhak untuk kita mengeluh dan mengesah (keluh-kesah) . Sebaliknya ucaplah 

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un . (Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali)-Surah Al-Baqarah ,ayat 156

3.Sabar Dalam Meninggalkan LaranganNya
-Dalam kata yang mudah , sabar melawan Mrs Nafsu . Berusahalah melawan godaannya yang begitu super-duper sekali . Memang amat payah . Dan hampir mustahil sebenarnya jika iman hanyalah di hujung kuku jari kaki kiri . Jika iman diperlakukan seperti bola futsal . Jika iman dibiarkan bocor begitu sahaja tanpa dibaiki . Kerana sesungguhnya , di sekeliling neraka itu sangat banyak perkara yang kehitannya begitu osem dan menarik . Tetapi di sekeliling syurga pula begitu banyak bayangan-bayangan yang lame dan sungguh sangat-sangat membosankan . Contohnya membaca belog dakwah . Eheh .



Oleh yang demikian , contohilah sifat sabar Nabi Muhammad . Baginda begitu sabar tanpa mengambil peduli lontaran-lontaran batu yang menyebabkan tubuh baginda berdarah dalam menyampaikan agama Allah . Malah tetap bersangka baik dan tidak menyuruh malaikat yang begitu perkasa untuk memusnahkan umatnya . Ya ...ini hanyalah sebahagian daripada contoh sifat Nabi yang tidak cukup jumlah jari jika mahu dibilang dengan jari walaupun ditambah dengan jari kaki . Tidak cukup dengan sempoa-sempoa dan kalkulator-kalkulator seangkatannya . Marilah kita contohi sifat Nabi . Yukk mari bersama-sama yukk....!

*di'copy' bulat-bulat daripada belog sahabat saya ---> Baly Legend (bukan nama sebenar)
sekadar untuk renungan bersama :)

2 comments:

Anonymous said...

Goodluck SPM :)

ahmadhaziqk said...

Thanks :) Goodluck jugak ~