May 25, 2012

STOP Plagiarism


Assalamualaikum =) Jawab jawab ! Last update 11 FEBRUARI 2012 ! Ahha ~ Haha lama gilaa tak bukak blog cantik ni. Harini, lepas aku bersihkan habuk2, sarang2 yang berbagai-bagai kat blog ni, maka aku pon rasa macam nak conteng sikitsikit kat sini. Maka dengan itu terjadilah perbualan antara 2 pihak. K merepek -,- K k nak ceghita sikitlah pasal golongan-golongan yang wujud semasa peperiksaan sedang dijalankan. Sejak dari darjah 1 lagi aku tengok macam-macam perangai keluor time exam. Antaranya :


1. Golongan yang bermata Mr. Bean. (boleh juga dikenali sebagai golongan yang panjang leher)

Haa golongan ni paling banyak aku jumpa. (<,<) (>,>) (<,<) Siapa yang ada mata macamni tak mustahil result dia sangat cemerlang ~ Orang-orang macamni biasanya study tak habis + terdesak nak dapat markah tinggi. Macam mana aku tahu? Aku tahulah sebab aku pon pernah buat hahak ^^ tapi tu cerita lama, sekarang tak buat lagi dah =)


2. Golongan yang tidur.

Haa benda macamni memang dah tak boleh nak elak lagi dah. Setiap kali exam golongan ni CONFIRM ada. Ngantuk sangat lettew agaknya. Maklumlah study sampai pukul 3-4 pagi, mana taknya kan. Kalau dah tidur tu nampak sangat yakin boleh cemerlang. Bagus bagus. Actually aku pon pernah tidur time exam -,-

3. Golongan yang guna kalkulator time paper yang takde kena-mengena dengan matematik.

Haa yang ni paling lawak. Kadang-kadang masa exam BM dengan BI pon nak guna kalkulator. Mungkin mereka nak agak-agak markah mereka kot. #pikir positif. Biasanya diorang buat macamni masa jawab soalan objektif. Kenapa tak guna sempoa je. Don't try this at home! *memanglah tak boleh try kat rumah, kat rumah takde exam lah bijak pandai* dah merepek =='

4. Golongan yang mintak stapler.

Biasanya benda ni jadi time dah nak habis masa or dah habis pon masanya. Siapa yang takde stapler tuhh memang kelam-kabut laa. Mintak orang kanan, takde. Mintak kiri, takde. Nak mintak belakang segan pulak sebab kat belakang tu perempuan. Mintak depan, orang depan cakap dah pass kat orang lain. Haa memang menangis lah siapa yang takde stapler tu. Aku ada, kau ada? ^^

5. Golongan yang ketawa or tersenyum-senyum lepas habis masa.

Hahak aku paling geli hati tengok orang macamni. Taktau lah apa yang ada dalam fikiran diorang. Soalan senang sangat ke? Yakin dapat A ke? Atau dah tahu confirm2 tak dapat A? Wallahua'lam ~

6. Golongan yang bawak phone. (bukan public phone)

Em mungkin sebab nak tanya jawapan kot. Atau mungkin saje2 bawak. Em ntahlah. So far belum nampak lagi orang macamni. No comment!

7. Golongan yang salah faham dengan perkataan LIHAT SEBELAH kat kertas soalan.

Faham-faham sendiri lah yerk ^^


8. Golongan yang memerhatikan orang lain. (ibu segala golongan)

Kalau takde golongan ni, mesti tak tahu kewujudan golongan2 atasan ni ye dak. Aku mengaku tergolong dalam golongan terbaik ni :3 haha. Perhatikan orang lain bukan sebab nak tiru ke apa ke. Tapi semata-mata nak release tension. Kadang-kadang perhatikan orang lain sebab nak fikir jawapan. Seronok tengok gelagat mereka mereka yang berbagai-bagai tuhh ~

1 comment:

~shysyaishy~ said...

manyak terasa. eheh , tapi itu dulu xD