December 17, 2011

Peace No War !

Lame gilooo tak update blog.. Huh ! Sampai tak tau nak tulis ape.. Jap nak pkir..... 10%...... 20%....... 30%........ Haish ! Lamanya loading....... 100% ! Haa ! Da tau nak cte ape.. =_='

Word yang paling aku suka ---> "PEACE NO WAR".... Nak tau knpa aku suka? Sebab.... sebab.... sebab sukati aku ler nak suka ke taknak, KAHKAHKAH <--- ade macam Bonzer tak? (just kidding).... Aku suka akan kedamaian. Sapesape yg kenal aku tau yang aku tak suka gadogado (Bukan makanan)

hmmm...

Sebenaqnya korang lg suka keadaan tenang & aman drpd peperangan kan? Aku yakin korang memang suka akan ketenangan.... Islam pun tidak menggalakkan umatnya untuk berperang, lebih-lebih lagi sesama muslim.. Dalam Islam, peperangan hanya diizinkan dalam keadaan berikut :

Pertama : Sebagai langkah defensif untuk melindungi kaum muslim dari serangan musuh dan menjaga sistem kehidupan di dunia ini
          "Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu. (tetapi) janganlah kamu melampaui   batas, kerana sesungguhya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas," (QS. Al-Baqarah 2:190)

Kedua : Diusir dari rumah dan tanah air
         "Dan bunuhlah mereke dimana kamu temui mereka, dan usirlah mereka dari mana mereka telah mengusir kamu," (QS. Al-Baqarah 2:191)

Ketiga : Ketika umat Islam disiksa dan dianiaya di daerah-daerah musuh kerana memeluk agama Islam
          "Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka dianiaya," (QS. Al-Hajj 22:39)

Keempat : Jika kaum Musyrik mengingkari perjanjian (perang atau damai) yang telah mereka buat serta mengejek dan menghina agama Allah
          "Dan jika mereka melanggar sumpah setelah ada perjanjian, dan mencerca agamamu, maka perangilah pemimpin-pemimpin kafir itu," (QS. at-Taubah 9:12).

Kalau ada masalah, peperangan atau pergaduhan bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik...~

Memang sudah terbukti Islam tu agama yang indah dan damai kan ?

Itu je kot aku nak cite, hope korang faham laa yerp !
Renung-renungkan dan selamat beramal !~


#Terimakasih kat Liyana sebab nama aku dah terpampang indah kat blog dia
#Credit to Faden Kacaw...

1 comment:

Liyana Norsalihin said...

Peace no war :) Aww nama saya terpampang di atas. LOL