December 17, 2011

Peace No War !

Lame gilooo tak update blog.. Huh ! Sampai tak tau nak tulis ape.. Jap nak pkir..... 10%...... 20%....... 30%........ Haish ! Lamanya loading....... 100% ! Haa ! Da tau nak cte ape.. =_='

Word yang paling aku suka ---> "PEACE NO WAR".... Nak tau knpa aku suka? Sebab.... sebab.... sebab sukati aku ler nak suka ke taknak, KAHKAHKAH <--- ade macam Bonzer tak? (just kidding).... Aku suka akan kedamaian. Sapesape yg kenal aku tau yang aku tak suka gadogado (Bukan makanan)

hmmm...

Sebenaqnya korang lg suka keadaan tenang & aman drpd peperangan kan? Aku yakin korang memang suka akan ketenangan.... Islam pun tidak menggalakkan umatnya untuk berperang, lebih-lebih lagi sesama muslim.. Dalam Islam, peperangan hanya diizinkan dalam keadaan berikut :

Pertama : Sebagai langkah defensif untuk melindungi kaum muslim dari serangan musuh dan menjaga sistem kehidupan di dunia ini
          "Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu. (tetapi) janganlah kamu melampaui   batas, kerana sesungguhya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas," (QS. Al-Baqarah 2:190)

Kedua : Diusir dari rumah dan tanah air
         "Dan bunuhlah mereke dimana kamu temui mereka, dan usirlah mereka dari mana mereka telah mengusir kamu," (QS. Al-Baqarah 2:191)

Ketiga : Ketika umat Islam disiksa dan dianiaya di daerah-daerah musuh kerana memeluk agama Islam
          "Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka dianiaya," (QS. Al-Hajj 22:39)

Keempat : Jika kaum Musyrik mengingkari perjanjian (perang atau damai) yang telah mereka buat serta mengejek dan menghina agama Allah
          "Dan jika mereka melanggar sumpah setelah ada perjanjian, dan mencerca agamamu, maka perangilah pemimpin-pemimpin kafir itu," (QS. at-Taubah 9:12).

Kalau ada masalah, peperangan atau pergaduhan bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik...~

Memang sudah terbukti Islam tu agama yang indah dan damai kan ?

Itu je kot aku nak cite, hope korang faham laa yerp !
Renung-renungkan dan selamat beramal !~


#Terimakasih kat Liyana sebab nama aku dah terpampang indah kat blog dia
#Credit to Faden Kacaw...

November 16, 2011

kAMi !

Hurm, first of all, saya Ahmad Haziq bin Kamaruddin terlalu ingin sangat mengucapkan beribu-ribu terima kasih #kalaubolehnakjuta..- kepada semua rakan 3 Alim 2011 yang baik lagi budiman kerana banyak membantu saya selama saya sekelas dengan kalian =)

Halalkanlah apaapa yang patut :D Aku juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada TERmarah au TERpukul au Terumpat au TERkutuk dll. Aku manusia biasa yang sering melakukan kesilapan ~

Sejujur-jujur-jujurnyalah kan, aku rasa tak layak sekelas dengan korang yang pandaipandai belaka ni. #camane korang boleh pandai sangat ek ? Eheh ! - Berdiri pun tak sama tinggi ngan korang, kalau duduk lagi laa..........

~ Terima kasih ~ Arigato ~ Kumawo ~ Thank you ~ Shukran jazilan ~ =)


June 1, 2011

KL Mari !

Pagi, 28 Mei 2011
 Aku pergi KL (Kuala Lumpur), bukan Kuala Langat yer..
Pegi pagi, balik esok pagi ! Mula2 plan nk blik petang je, tp nk jln2 kat KL dulu.. 
Pegi sana pon sebab akak sedare nk tunang, 

Malam, 28 Mei 2011
 Family aq n family pakcik aq bersiap-siap nk p jln2..
Abg sedare aq yg duduk kat Puchong jd tourist guide (betul ke aq eja ni ?)
Dy yg bwak ktorg pi jalan2..
Mula2, masuk kwsn KLCC, igtkan nk masuk, tp xjd sebab xde parking..
Then, pegi KL Tower pulak, pusing kat kwsn tu je, xmasuk jgak *sbb mahal
Pastu pegi destinasi yg ktorg mmg nk pegi, DATARAN MERDEKA ! *semangat
Unfortunately, xde parking, so, xdpt nk jln2 kat situ,
Ni semua sbb ramai nk tgok bola kat skrin besar (MU vs BARCA, sape yg xnk tgok ?)
Igtkan kat Putrajaya je penuh, dtrn pon same je !
Walaupun xsinggah kat mana2, tp ktorg da round 1 KL...
Dapatlah jugak rasa lalu terowong SMART ! *first time ! ahah !
Tp, masa otw nk blik rumah pakcik aq, van abg sedare aq TERSTOP kat tgh jalan,
Pastu, ade omputeh tlg ktorg tolak van uh ke tepi.. 
Hampir 10 minit berusaha, akhirnya van uh hidup,,
Kitorang balik dgn HAPPYnya :)

Pagi buta, 29 Mei 2011
Aq, 2 org abg aq, abg sedare aq n sepupu aq plan nk pi tgok bola kat mamak..
Manchester United vs Barcelona..
Tp sebelum uh, kitorang sempat lyn tg0k cerita KONGSI (Lu Langsi Lu Mati) haha
Best gak r.. *molek ~
Da pukul 2.30, ktorg pon pi tgok bola,,
Masa aq tgok uh, da taw yg MU akn klh.. maen pon xbtol ! *sukati je nk kutuk
3-1..
haha ! best jgak tgok masa uh, kat mamak uh pon ramai org..
huh ! seronok ~
Pastu ktorg blik n tido

- Ni Lah Suka Dan Duka Aku Kat Kl -
- Macam2 Berlaku Dalam Masa 1 Hari -
- Lu Langsi Lu Mati -

haha ;)