Diam. Senyap.
Diamku tidak bererti aku setuju.
Juga tidak membawa maksud aku tidak bersetuju.
Mereka terus berbincang dengan gigih, menyuarakan pendapat yang tidak diketahui betul salahnya.
Diamku kerana memerhati.
Ya. Itu sifatku. Senyap dan perhati.
Perbincangan mereka membuatku seperti cacing kepanasan.
Aku terus senyap dan perhati.
Soalan matematik yang menjadi polemik pelajar sudah hampir selesai dibahaskan mereka.
Mungkin. Mereka menganggapku seperti tiada di situ kerana aku terlalu diam.
Tidak berapa lama kemudian, mereka menyedari kehadiranku. Soalan itu diajarkan mereka kepadaku.
Aku terus diam, dan diam.
Riak wajahku tetap tenang tanpa sebarang reaksi mencurigakan.
Usai perbincangan yang mengambil masa kurang lebih 20 minit, aku mulai memuntahkan isi hati yang telah lama kupendam.
"Boleh ajar balik dari awal tak? Tak paham"