May 25, 2012

STOP Plagiarism


Assalamualaikum =) Jawab jawab ! Last update 11 FEBRUARI 2012 ! Ahha ~ Haha lama gilaa tak bukak blog cantik ni. Harini, lepas aku bersihkan habuk2, sarang2 yang berbagai-bagai kat blog ni, maka aku pon rasa macam nak conteng sikitsikit kat sini. Maka dengan itu terjadilah perbualan antara 2 pihak. K merepek -,- K k nak ceghita sikitlah pasal golongan-golongan yang wujud semasa peperiksaan sedang dijalankan. Sejak dari darjah 1 lagi aku tengok macam-macam perangai keluor time exam. Antaranya :


1. Golongan yang bermata Mr. Bean. (boleh juga dikenali sebagai golongan yang panjang leher)

Haa golongan ni paling banyak aku jumpa. (<,<) (>,>) (<,<) Siapa yang ada mata macamni tak mustahil result dia sangat cemerlang ~ Orang-orang macamni biasanya study tak habis + terdesak nak dapat markah tinggi. Macam mana aku tahu? Aku tahulah sebab aku pon pernah buat hahak ^^ tapi tu cerita lama, sekarang tak buat lagi dah =)


2. Golongan yang tidur.

Haa benda macamni memang dah tak boleh nak elak lagi dah. Setiap kali exam golongan ni CONFIRM ada. Ngantuk sangat lettew agaknya. Maklumlah study sampai pukul 3-4 pagi, mana taknya kan. Kalau dah tidur tu nampak sangat yakin boleh cemerlang. Bagus bagus. Actually aku pon pernah tidur time exam -,-

3. Golongan yang guna kalkulator time paper yang takde kena-mengena dengan matematik.

Haa yang ni paling lawak. Kadang-kadang masa exam BM dengan BI pon nak guna kalkulator. Mungkin mereka nak agak-agak markah mereka kot. #pikir positif. Biasanya diorang buat macamni masa jawab soalan objektif. Kenapa tak guna sempoa je. Don't try this at home! *memanglah tak boleh try kat rumah, kat rumah takde exam lah bijak pandai* dah merepek =='

4. Golongan yang mintak stapler.

Biasanya benda ni jadi time dah nak habis masa or dah habis pon masanya. Siapa yang takde stapler tuhh memang kelam-kabut laa. Mintak orang kanan, takde. Mintak kiri, takde. Nak mintak belakang segan pulak sebab kat belakang tu perempuan. Mintak depan, orang depan cakap dah pass kat orang lain. Haa memang menangis lah siapa yang takde stapler tu. Aku ada, kau ada? ^^

5. Golongan yang ketawa or tersenyum-senyum lepas habis masa.

Hahak aku paling geli hati tengok orang macamni. Taktau lah apa yang ada dalam fikiran diorang. Soalan senang sangat ke? Yakin dapat A ke? Atau dah tahu confirm2 tak dapat A? Wallahua'lam ~

6. Golongan yang bawak phone. (bukan public phone)

Em mungkin sebab nak tanya jawapan kot. Atau mungkin saje2 bawak. Em ntahlah. So far belum nampak lagi orang macamni. No comment!

7. Golongan yang salah faham dengan perkataan LIHAT SEBELAH kat kertas soalan.

Faham-faham sendiri lah yerk ^^


8. Golongan yang memerhatikan orang lain. (ibu segala golongan)

Kalau takde golongan ni, mesti tak tahu kewujudan golongan2 atasan ni ye dak. Aku mengaku tergolong dalam golongan terbaik ni :3 haha. Perhatikan orang lain bukan sebab nak tiru ke apa ke. Tapi semata-mata nak release tension. Kadang-kadang perhatikan orang lain sebab nak fikir jawapan. Seronok tengok gelagat mereka mereka yang berbagai-bagai tuhh ~

February 11, 2012

9 Mimpi Rasulullah SAW.

Assalamualaikum ;)

Harini aku nak share sikit2 berkenaan dengan mimpi Nabi Muhammad SAW :


9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.


2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.



5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.



7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

(copy from facebook)

February 7, 2012

Form 4 : Honeymoon?


You'll Never Walk Alone

Assalamualaikum guys ! ;)

Ignore the picture above. Dah lama tak update this blog yeah. Ramai yang suruh update blog ni 3 orang je pon. Dan aku sendiri taktau topik apa yang nak dibahaskan kat sini. Aku tengok budak Form 3 ( Ifwat & Fatin ) kemain lagi update blog diorang. Aku tak se'expert' mereka. HAHA.. Tapi, demi tidak menghampakan dan mengecewakan harapan mereka mereka yang nak sangat tengok blog aku yang biasabiasa ni xD Maka, TERPAKSAlah aku taiptaip sikit kat sini. Cewahh. ~


K nak cakap sikit pasal form 4 ni. Many of us said that Form 4 is the year of honeymoon. Tapi aku tak rasa macam tu. Setelah lebih kurang sebulan belajar sebagai pelajar tingkatan 4, aku rasa tahun ni tahun yang sukar. Haa! Homework BANYAK kena siapkan. Sape form 4 yang tak banyak homework?? Ce cite sikit. Aku rasa takde, masa form 4 ni lah kita nak kena kerja keras. Masa tingkatan 4 kita dah banyaak homeworkss, cuba bayangkan kalau korang dah tingkatan 5.. Aku rasa 2 kali ganda homeworks yang menunggu untuk disiapkan. Haa gittuw. Jadi, kalau form 4 ni dah banyak homework yang perlu dilunaskan, aku rasa istilah honeymoon tu dah tak sesuai lagi dah.

Ada jugak yang cakap form 4 ni honeymoon sebab masa ni lah nak bercintan-cintun. Ada ke gittuw? Belajarlah sampai habis dulu kalau nak bercinta pon. Form 4 ni bukanlah besar sangat pon. Kanak-kanak lagi. Tapi aku tak. Eheh! Belajar sampai pandai dulu yerp! Lepastu belajar tinggi2, lepastu jadi usahawan, lepastu dapat income tinggi. Lepastu baru cari calon isteri. Hehek...

Hmmm, that's all for today.

~> What is bad comes from me and what is good comes from Allah S.W.T. <~